Monday, 28 March 2016

Friendship

Tengah kebosanan tak tahu nak buat apa. Tengok balik gambar-gambar lama yang ada di dalam hard disk. Terlalu banyak sangat gambar. Teringat pula kenangan ketika keluar bersama Ana, Danny & Remy pada 3 October 2015.

         Persahabatan antara aku, Danny, Ana & Remy. Kami berempat jumpa semasa orentasi dan dalam kumpulan yang sama. Habis orentasi kami semua ingin pulang kerumah tetapi ketika itu tidak ada teksi. Nasib baik ada satu teksi (Uncle Kumar) membawa kami berlima (Ani, roommate aku & Ana) dari hostel ke KTM UKM. Kami berlima terpaksa duduk dibelakang. Terpaksa kami berhimpit.  Kenangan yang tidak boleh dilupakan sehingga sekarang.



Perjumpaan yang tidak dirancang oleh Ana, Danny & Remy. Kami perjumpa di Shah Alam. Sebelum itu Remy Dalam dilemma antara nak ikut kami berjumpa atau tidak kerana kerjanya di Seremban. Pada pukul 4.00petang aku mengambil mereka di KTM Padang Jawa.

Mula-mula kami tidak tahu nak pergi mana.Then, Ana decide nak pergi Setia City Mall nak main belon sabun tetapi keadaan tidak mengizinkan kerana Jerebu. Remy & Danny mengajak Karaoke. Lebih kurang 2 jam juga lah ber’karaoke’.

           


        Memang seronok kami berempat keluar bersama. Selepas karaoke kami lepak di laman Setia City Mall.





         Ingat nak malam di Seksyen 7, Shah Alam tetapi parking penuh. Ana pulak teringin nak makan nasi lemak depan hostel. Bila dah sampai kedai makan nasi lemak, kedai pulak tutup. Sambil tu bergambar di hadapan hostel kami. So, makan dekat tempat pilihan Danny. Tetapi makanan yang Danny nak makan pulak sudah habis.



             Lepas makan ingat nak lepak dekat dataran Putrajaya tetapi tutup disebabkan ada event (event apa tak ingat). Terus pergi Bukit Ampang (rasanya lah sbb aku tak ingat) lepak minum je lah sebab dah kenyang. Pukul 3.00pagi kami semua balik.

No comments:

Post a Comment