Sudah terlalu lama tidak menulis blog aku sendiri. Sudah hampir 2 tahun blog aku sunyi.
Entah kenapa hari
ini aku emotional. Aku memang sudah tidak lagi mengambil tahu tengtang engkau.
Apa faedah aku ambil tahu tentang engkau. Engkau abaikan anak kau sendiri.
Duduk serumah tapi langsung tak ambil tahu mahupun langsung nak bercakap dengan
anak engkau sendiri. Depan mata engkau sendiri ak calarkan kereta engkau.
Calarkan kereta engkau, engkau marah tetapi engkau sakitkan hati anak perempuan
engkau sendiri tak pulak nk ambil kisah.
Semua ni terjadi disebabkan
engkau yg pilih jalan engkau sendiri. Memilih orang luar dari memperbaiki
keluarga kecil engkau. Aku benci engkau. Untuk apa aku ambil tahu tentang
engkau? Semua ini terjadi disebabkan engkau bawa perempuan tu balik kampung
masa raya tahun 2015. Kalau tujuan dia nk jaga emak engkau aku tak kisah ini
dia ingin jadikan engkau suami. Pada permulaan aku memang tidak suka perempuan
tersebut. Langsung x kenalkan siapa dia yg sebenarnya.
Daripada aku boleh berbaik
dengan engkau terus terputus hubungan antara anak dengan ayahnya. Adakah salah
kerana tidak pernah langsung untuk cuba berbual? Atau pun dia terlalu sibuk
mencari pendapatan untuk keluarga? Bila masanya kami sekeluarga duduk makan
semeja? Pernah aku hendak cuba memulakan perbualan tetapi terlalu sukar untuk
aku mengeluarkan ayat yg sesuai. Sebaliknya aku bertanya ‘Malam ni keja ke?’
jawabnya ‘Keje lah. Takde bende lain ke nk tanye.’
Sampai bila hubungan ini akan
dingin? Sampai bila engkau langsung tak nak bertegur? Engkau langsung tak nak
ambil tahu tentang anak perempuan engkau sendiri ke?
Aku masih ingat engkau sepak
muka aku disebabkan perempuan tu. Engkau langsung tak nak tunggu anak lelaki
engkau balik kerja. Engkau terus keluar. Sepatutnya waktu itu kita berbincang
bersama sebagai keluarga tetapi engkau ambil keputusan keluar dari rumah. Dan
waktu itu aku juga ambil keputusan yg aku tak akan lagi ambil tahu tentang
engkau. Hidup lah engkau dengan dunia engkau sendiri.
Setiap kali aku ambil ibu dari
kerja tak ada soalan lain ke yg nk ditanya. Asyik ‘Ada orang x kt umah?’ aku terlalu
bosan dengan soalan itu bukannya sekali dua tetapi setiap hari. Bukan aku tak nak
tolong tetapi aku sememangnya sudah tak nak ambil tahu lagi. Bukannya ada
faedah untuk aku pun.