Monday, 19 November 2012

Busy..

Hai everyone. dah lama sy tak update blog kan. 
Memang ada story untuk diceritakan.
Pelbagai cerita yg sy ingin coretkan.
Jika ada masa sy akan update di blog ini. 

Okey, lah selamat malam.
opps! sorry, bukan malam tetapi sudah pagi.
Semoga lena tidurmu.



Time : 4.48 a.m
Date : 20 November 2012

Friday, 2 November 2012

Harapan tinggal harapan.


Semalam menjadi sejarah antara aku dengan si dia. Jika ada jodoh, kita akan berjumpa lagi. Jika tidak awak menjadi sejarah silamku. Aku harus pergi tinggalkan dia. Aku tidak memerlukan bantuan sesiapa lagi selain dari keluarga aku sendiri. Biar lah aku hidup bersendirian daripada aku hidup terseksa.

Awak memang baik untuk saya tetapi saya tidak perlukan awak lagi sebabnya awak lebih memilih kawan awak daripada saya. saya ini siapa di maka awak? Hanya alat permainan awak sahaja ke? Atau saya ini kekasih hati awak? Tetapi perbuatan awak itu yg membuat kan saya terfikir yg saya ini sebenarnya bukan lah kekasih hati awak kan?. Awak, jujur lah dengan saya. Tidak perlu lagi awak tipu dengan saya.

Perbuatan awak bertentangan dengan kata-kata yang awak ucapkan pada saya. Awak kata awak sayang saya tetapi sebenarnya tidak kan?. Kata-kata awak itu untuk menyedapkan hati saya sahaja. Saya tak nak tertipu lagi dengan kata-kata bohong awak itu. Cukup lah selama ini awak berbohong dengan saya. Cukup lah awak!. Saya dah tak tahan lagi. Cukup lah selama ini saya menangis kerana awak.

Saya akan cuba lupakan awak walau sesukar mana sekali pun saya cuba melupakan awak.

Selamat tinggal awak. A’salam


Sunday, 14 October 2012

Kekecewaan

Terima kasih awak, kerana telah mengecewakan saya selama perkenalan kita ini. Saya ingat awak jujur dengan saya tapi kata-kata awak membuatkan saya berfikir. Awak terima saya sebab apa? Adakah awak terima saya kerana bersalah? Jika ia, awak lepaskan saya. Saya tak nak awak terima saya kerana bersalah ataupun sebab terpaksa terima saya.

Awak, saya tau yang awak terima saya kerana terpaksa kan? Jujur lah dengan saya. Tak perlu lah awak tipu saya lagi. Saya nak awak jujur dengan saya. saya boleh terima awak jujur dengan saya tetapi saya tak boleh terima dengan penipuan awak.


Awak, nak tau tak sebab apa saya terima awak. Awak adalah lelaki yang membuatkan hati saya terpikat. Sejak pertama kali saya perjumpa awak, saya dah terpikat dengan awak. Waktu itu awak tak tahu nak buat apa. Waktu itu saya baru balik dari orintasi dengan pakai baju kurung. Pertama kali saya jumpa awak dengan pakai baju kurung. Awak ambil saya dekat station kereta api Shah Alam. Awak bawa saya pergi Tasik Shah Alam. Jalan-jalan keliling tasik. Pukul 7.00 pagi awak hantar saya balik rumah.

Bila awak tak messages dengan saya, saya rasa sunyi je. Sekarang saya sunyi tanpa sebarang sebarang messages atau pun panggilan daripada awak. 

Saya sedih sangat dengan kata-kata awak semalam. Kata-kata awak membuat saya berfikir. Saya dapat rasa yang awak was-was tentang hubungan kita ini. Apa yang awak nak dari hubungan kita ini. Awak nak mempermainkan saya ke? Kenapa awak tak buat dari dulu lagi?
Kenapa sekarang baru saya tahu yang awak ingin mempermainkan hari dan perasaan saya?

Hubungan kita ini sudah hampir 10 bulan. Pelbagai dugaan yang kita harungi. Tetapi kenapa semalam awak baru bagi tahu saya yang awak was-was nak terima saya. Janji awak hanya pada mulut sahaja. Mampu ke awak tunaikan janji yang awak ciptakan? 

Awak kata, awak akan menjadikan saya sebagai suri dalam kehidupan awak. Saya ingin lihat sekatan mana kata-kata awak itu.

Apa sebab awak terima saya dalam kehidupan awak? 

Monday, 18 June 2012

Second Time Dating.

Pada 17.6.2012.. Hari ahad..


Aku keluar lagi dengan si Faisal.. Dia ambik dekat rumah aku dalam pukul 5.00 petang.. Dia bawa aku pergi Pantai Remis, Jeram.. Dah sampai Pantai Remis kt kawasan berpasir dia tak nak turun dari kereta.. Nk pergi kt kawasan batu.. Padahal dah ada parking kt kawasan pasir.. Dia tak nak juga.. Nk kt kwsn batu gak.. Dah lah pergi sana ramai orang.. Nak cari parking pun susah.. Last-last g shah alam jugak.. Ingatkan nak tengok sunset.. Tapi tak dapat nak tengok.. Okey lah sebab dah ada orang nak bawa jalan-jalan. Daripada tak ada langsung.. Lepak lagi dekat tasik.. Kali ni kt pondok pulak.. Sempat lagi aku tanggap gambar dia.. Hehe.. Jahat tak aku ni??  

Dia pegang kaki aku.. Dia kata kaki aku macam orang baru keluar dari peti sejuk.. Sebab kaki aku sejuk sangat.. Lepak kt tasik lepas waktu maghrib pulak tu.. Angin malam memang sejuk. Tak tahan aku dibuatnya..

Hari ni dia balas dendam sebab semalam dia kalah dalam game bowling dgn aku.. hehe.. Hri ni dia main lagi.. Tapi dia seorang je yg main.. Aku tolong tengok je.. Hehe.. Dalam pukul 8.30 malam dia hantar aku balik rumah.. Tak boleh nak balik rumah lewat sangat.. Sebab esok dia dah kene keje.. Dan aku ni masih anak dara lagi.. Aku rasa lepas ni memang susah lah nak keluar dengan dia lagi.. Dia kata kerja dia banyak sangat..


Gambar yg dekat bawah ni gambar Faisal lah..

Dating

Pada 16.6.2012.. Hari sabtu.. Dalam kul 9.00 malam..


Faisal bawa aku keluar.. Dia bawa aku jalan-jalan dekat Shah Alam.. Ingatkan nak lepak dekat dataran tapi ramai orang.. So, dia bawa aku pergi tasik.. Kami lepak kt taman permainan.. Semasa kita orang sampai..
Tiba-tiba kak Hanim call.. So, aku pun borak dengan kak Hanim sekejap.. Lepas borak je dgn k.nim... Aku pun teman lah si dia(FAISAL)... Kami pun berborak.. Then, aku suruh dia pegang phone aku.. Ape lagi suka lah dia dapat pegang phone aku tu.. Dia pun buka lah phone. Entah ape lah dia nak skodeng phone aku tu... Rupa-rupanya dia nk main game angry bird.. Dia main lah kejap... Sebab sebelum ni dia tak pernah langsung main game angry bird.. So aku ajar lah macam mana nak main game angry bird.. 

Lepas tu, dia buka game bowling.. Mula-mula dia cuba main dulu.. Nak test main lah kata kan.. Lepas tu kita orang main sama-sama.. Dia ajak aku lawan main game bowling... Nak tengok siape yg menang..
Nak tau siapa yg menang main game bowling?? Semesti lah aku.. Hehe.. Dia kalah.. Haha.. Kesian dia.. aku pulak ketawa kan dia je..

Faisal ni pulak sibuk pegang aku punye phone nak tengok aku punye gambar rupanye.. Apa yg dia nak tengok sangat pun aku tak tahu.. Apa yg menarik tentang gambar aku pun aku tak tahu lah... Setahu aku gambar aku tu biasa je.. Tak ada yg menarik dan istimewa pun.. Tepat kul 12.00 tgh malam, Mak ak pun call.. Sebab suruh aku balik umah.. Terpaksa lah aku balik rumah.. So, Faisal pun anta lah ak balik umah.. Sedihnye.. Dapat lepak dengan dia kejap je.. Tak pe lah nak buat macam mana..

Tuesday, 29 May 2012

syukur.

Syukur alhamdulilah kerana aku mendapat keputusan yang memberansangkan semasa semester 1 ini.. Aku tidak tahu kepada siapa yang ingin aku luahkan rasa bahagia ini. 

Sunday, 27 May 2012

Menangis

Sudah lama aku berjanji pada diri aku yg aku tidak menangis lagi. Tetapi hari ini aku menangis jua kerana disebabkan si dia mengutarakan soalan yg ingin pergi meninggalkan aku seperti seseorang yg telah pergi menemui pencipta-NYA.. Sudah lebih setahun beliau telah pergi dari pandangan mataku..

Tetapi beliau masih tetap di hatiku. Takkan pernah padam dari ingatanku.. Kata-katanya, masakannya, gurau sendanya... masih segar di ingatanku.. takkanku lupa segalanya tentang beliau.. Takkanku lupa hingga ke saat ini..

Kadang-kadang aku terfikir. kenapa lelaki suka membuat perempuan senang mengalirkan air mata? 

Friday, 25 May 2012

EX Friend..


aku ingin memperkenalkan seseorang yang telah hadir dalam hidup aku dan juga telah menghancurkan hati dan perasaan aku. Namanya Anderson.. aku mulai kenal dia semasa di Kem PLKN Geo Kosmo.. waktu itu aku ikuti alumni di Bukit Jalil.. dia dari kump 1 & ak dari kump 2.. ak kenal dia hanya sementara sahaja.. kemudian kami berpisah..

aku berkenalan dengannya semasa kami di Stadium Bukit Jalil.. Ade Program Anak 1Malaysia. sebenarnye ak saje je tegur dia waktu itu.. hanya untuk berkawan sahaja..

cerita ak dengannya biarlah hanya teman-teman rapat sahaja yang tahu..


tapikan nape ak masih lagi nak citer pasal dia lagi?? dia sudah menjadi sejarah hitam dalam hidup aku..

Sunday, 6 May 2012

Best Friend Forever


gambar yg di atas ni ialah best buddy ak.. nama dia LILYY SAN.. dah lama ak berkawan dgn dia. sejak form 1 lagi. pelbagai cabaran & dugaan yg ak tempuhi dgn dia.  pada permulaan nya ak dpt tentangan dari family ak utk bersahabat dgn dia. 




kami pernah terputus hubungan disebabkan oleh pihak ketiga.. disebabkan pihak ketiga ak terpaksa putuskan hubungan ak dengan lilyy. ak menangis kerana itu. ak memang x sangup berpisah dgn lilyy.. 


5.5.2012 hri tu ak lepak dgn lilyy dgn kwn kolej lilyy sekali.. memang dah lama ak tak dapat lepak sama.. kami sama buzy dengan study.. lilyy study kt Shah Alam dan ak pulak study kt Bangi.. setiap minggu je ak dpt lepak bersama dgn lilyy..


Ak x kan lupekan masa-masa kita bersama sebelum ini.. ak akan sentiasa ingat kt ko lilyy.. ko lah satu-satunya SAHABAT yang bleh ak percaya..  ak berharap selepas ni kite kan putus kan hunungan lagi..


Ni pic lilyy dengan kwn kolej, Izzaty namanya.

Someone In My Life.

Aku nak citer pasal someone i know. Sebelum ni ak cume kenal dia melalui telepon. Dia salah call. Sejak dari situ ak mula kenal dia tp ak ni jual mahal sangat. Ak selalu x nk terima dia. ak selalu marah kt dia.. Sampai sebulan kami x mesej. 

Pada 1 January 2012, aku wish new year kt dia.. sejak dari tu kami mulai rapat.
Kami berjumpe pertama kalinya hri jumaat malam pada 6 Jan 2012. Sejak itu, setiap minggu kami berjumpe.


ak bertanya padanya, "mcm mane bleh dpt no sy?" dia diam je.. dia siapa cakap "x perlu ambil tau lah". ak pun mengiakan saja. beberapa minggu yg lepas ak bertanya lagi mcm mane bleh dpt no sy ni.. dia pun cakap yang no ak ni kawan dia bagi sebab ak popular kt sekolah.. setau ak ak mmg x popular pun kt sek..


Nama penuh dia ialah Muhamad Faisal. nama ayahnya biar ak saja yg tau lah..  Lahir pada 17.8.1990..


Ni pic sewaktu dia masih belajar lagi.

Ni gambar sekarang.

Thursday, 3 May 2012

Happy Time..

Hari ini aku akan balik ke Puncak Alam semula dengan mak aku. Sekarang ini aku dalam perjalanan pulang ke rumah.. Aku masih lagi berada di Seremban. Masa yang aku luangkan bersama dengan UCU MIN yang tinggal di Mutiara Rini. Siang aku duduk rumah Ucu Min dengan mak aku. Malam pulak aku keluar dengan Ucu Min juga. Nanti aku akan update kan picture nya..

pic di bawah ni pic ucu min ak.. ak, mak ak dgn ucu min g kuar makan.. roti canainye mmg sedap.. klu ade masa nanti ak nk g lagi lah.. 



 

Wednesday, 2 May 2012

Myself.

aku zana. aku baru je nak mulakan buat blog. Dulu aku ada blog tp dah lama sangat tak up to date. hidup aku simple je. orang tak kacau hidup aku. & aku pun tak kacau hidup korang.

gambar yang kt atas tu waktu ak ikuti GEMPAK MURFORS.