Apa khabar anda?? mesti baik-baik sahaja.
Pada hari selasa lepas, saya tak tahu kenapa saya teringin sangat nak makan McDonald. saya balik hari itu dapat saya makan. tetapi tak dapat sebab ibu saya kata "Semalam dah makan dah". So, nak tak nak terpaksa lah saya pendam. saya cakap dengan hati saya 'maybe lain kali kot dapat beli'. So, tak dapat McDonald benda lain lah pulak.
Malam tadi ibu ajak aku keluar teman dia pergi isi minyak kereta. Then, pergi ECONSAVE untuk beli barang dapur. Selepas beli barang dapur aku tanya ibu "Ibu nak pergi mana lepas ini". Ibu cakap "Ibu nak pergi cuci kereta". Dalam hati sudah berkata, McDonald tak dapat SECRET RECIPE pun jadi lah.
aku pergi lah beli. bukan satu tapi dua aku beli. hehe.. tamak juga aku ni yea..
Ini Absolute Chocolate. yang ini aku belum makan lagi. hmm. macam mana rasanya?? sedap atau tidak.
Ini Moist Chocolate Cake. boleh tahan juga rasa nya. First time aku makan kek ini. cream yg kt tengah tu rasa kopi sikit..
Aku teringin sangat nak makan Chocolate Indulgence tetapi sudah habis. Chocolate Indulgence adalah kek kesukaanku apabila beli di SECRET RECIPE.
Makan kek Moist Chocolate sambil tengok Karoot Komedia 2. best juga cerita minggu ini. Tajuk minggu ini adalah MOGOK!.
Ini Yus Raja Lawak.
Yus Raja lawak, Abi Yus, Nabil Raja lawak dengan Jep Sepattu.tapi dalam gambar ni tak ada gambar Jep.
Ini pula Nabil Raja Lawak. Nabil melakonkan watak Mat Bangla.













