Awak, saya tau yang awak terima saya kerana terpaksa kan? Jujur lah dengan saya. Tak perlu lah awak tipu saya lagi. Saya nak awak jujur dengan saya. saya boleh terima awak jujur dengan saya tetapi saya tak boleh terima dengan penipuan awak.
Awak, nak tau tak sebab apa saya terima awak. Awak adalah lelaki yang membuatkan hati saya terpikat. Sejak pertama kali saya perjumpa awak, saya dah terpikat dengan awak. Waktu itu awak tak tahu nak buat apa. Waktu itu saya baru balik dari orintasi dengan pakai baju kurung. Pertama kali saya jumpa awak dengan pakai baju kurung. Awak ambil saya dekat station kereta api Shah Alam. Awak bawa saya pergi Tasik Shah Alam. Jalan-jalan keliling tasik. Pukul 7.00 pagi awak hantar saya balik rumah.
Bila awak tak messages dengan saya, saya rasa sunyi je. Sekarang saya sunyi tanpa sebarang sebarang messages atau pun panggilan daripada awak.
Saya sedih sangat dengan kata-kata awak semalam. Kata-kata awak membuat saya berfikir. Saya dapat rasa yang awak was-was tentang hubungan kita ini. Apa yang awak nak dari hubungan kita ini. Awak nak mempermainkan saya ke? Kenapa awak tak buat dari dulu lagi?
Kenapa sekarang baru saya tahu yang awak ingin mempermainkan hari dan perasaan saya?
Hubungan kita ini sudah hampir 10 bulan. Pelbagai dugaan yang kita harungi. Tetapi kenapa semalam awak baru bagi tahu saya yang awak was-was nak terima saya. Janji awak hanya pada mulut sahaja. Mampu ke awak tunaikan janji yang awak ciptakan?
Awak kata, awak akan menjadikan saya sebagai suri dalam kehidupan awak. Saya ingin lihat sekatan mana kata-kata awak itu.
Apa sebab awak terima saya dalam kehidupan awak?
No comments:
Post a Comment