Monday 28 March 2016

Friendship

Tengah kebosanan tak tahu nak buat apa. Tengok balik gambar-gambar lama yang ada di dalam hard disk. Terlalu banyak sangat gambar. Teringat pula kenangan ketika keluar bersama Ana, Danny & Remy pada 3 October 2015.

         Persahabatan antara aku, Danny, Ana & Remy. Kami berempat jumpa semasa orentasi dan dalam kumpulan yang sama. Habis orentasi kami semua ingin pulang kerumah tetapi ketika itu tidak ada teksi. Nasib baik ada satu teksi (Uncle Kumar) membawa kami berlima (Ani, roommate aku & Ana) dari hostel ke KTM UKM. Kami berlima terpaksa duduk dibelakang. Terpaksa kami berhimpit.  Kenangan yang tidak boleh dilupakan sehingga sekarang.



Perjumpaan yang tidak dirancang oleh Ana, Danny & Remy. Kami perjumpa di Shah Alam. Sebelum itu Remy Dalam dilemma antara nak ikut kami berjumpa atau tidak kerana kerjanya di Seremban. Pada pukul 4.00petang aku mengambil mereka di KTM Padang Jawa.

Mula-mula kami tidak tahu nak pergi mana.Then, Ana decide nak pergi Setia City Mall nak main belon sabun tetapi keadaan tidak mengizinkan kerana Jerebu. Remy & Danny mengajak Karaoke. Lebih kurang 2 jam juga lah ber’karaoke’.

           


        Memang seronok kami berempat keluar bersama. Selepas karaoke kami lepak di laman Setia City Mall.





         Ingat nak malam di Seksyen 7, Shah Alam tetapi parking penuh. Ana pulak teringin nak makan nasi lemak depan hostel. Bila dah sampai kedai makan nasi lemak, kedai pulak tutup. Sambil tu bergambar di hadapan hostel kami. So, makan dekat tempat pilihan Danny. Tetapi makanan yang Danny nak makan pulak sudah habis.



             Lepas makan ingat nak lepak dekat dataran Putrajaya tetapi tutup disebabkan ada event (event apa tak ingat). Terus pergi Bukit Ampang (rasanya lah sbb aku tak ingat) lepak minum je lah sebab dah kenyang. Pukul 3.00pagi kami semua balik.

Thursday 4 February 2016

Emotion day.

Assalamualaikum,
Sudah terlalu lama tidak menulis blog aku sendiri. Sudah hampir 2 tahun blog aku sunyi.



Entah kenapa hari ini aku emotional. Aku memang sudah tidak lagi mengambil tahu tengtang engkau. Apa faedah aku ambil tahu tentang engkau. Engkau abaikan anak kau sendiri. Duduk serumah tapi langsung tak ambil tahu mahupun langsung nak bercakap dengan anak engkau sendiri. Depan mata engkau sendiri ak calarkan kereta engkau. Calarkan kereta engkau, engkau marah tetapi engkau sakitkan hati anak perempuan engkau sendiri tak pulak nk ambil kisah.
                Semua ni terjadi disebabkan engkau yg pilih jalan engkau sendiri. Memilih orang luar dari memperbaiki keluarga kecil engkau. Aku benci engkau. Untuk apa aku ambil tahu tentang engkau? Semua ini terjadi disebabkan engkau bawa perempuan tu balik kampung masa raya tahun 2015. Kalau tujuan dia nk jaga emak engkau aku tak kisah ini dia ingin jadikan engkau suami. Pada permulaan aku memang tidak suka perempuan tersebut. Langsung x kenalkan siapa dia yg sebenarnya.
                Daripada aku boleh berbaik dengan engkau terus terputus hubungan antara anak dengan ayahnya. Adakah salah kerana tidak pernah langsung untuk cuba berbual? Atau pun dia terlalu sibuk mencari pendapatan untuk keluarga? Bila masanya kami sekeluarga duduk makan semeja? Pernah aku hendak cuba memulakan perbualan tetapi terlalu sukar untuk aku mengeluarkan ayat yg sesuai. Sebaliknya aku bertanya ‘Malam ni keja ke?’ jawabnya ‘Keje lah. Takde bende lain ke nk tanye.’
                Sampai bila hubungan ini akan dingin? Sampai bila engkau langsung tak nak bertegur? Engkau langsung tak nak ambil tahu tentang anak perempuan engkau sendiri ke?
                Aku masih ingat engkau sepak muka aku disebabkan perempuan tu. Engkau langsung tak nak tunggu anak lelaki engkau balik kerja. Engkau terus keluar. Sepatutnya waktu itu kita berbincang bersama sebagai keluarga tetapi engkau ambil keputusan keluar dari rumah. Dan waktu itu aku juga ambil keputusan yg aku tak akan lagi ambil tahu tentang engkau. Hidup lah engkau dengan dunia engkau sendiri.

                Setiap kali aku ambil ibu dari kerja tak ada soalan lain ke yg nk ditanya. Asyik ‘Ada orang x kt umah?’ aku terlalu bosan dengan soalan itu bukannya sekali dua tetapi setiap hari. Bukan aku tak nak tolong tetapi aku sememangnya sudah tak nak ambil tahu lagi. Bukannya ada faedah untuk aku pun. 

Thursday 2 May 2013

Teringin.

Assalamualaikum kepada pembaca blog saya..
Apa khabar anda?? mesti baik-baik sahaja.


Pada hari selasa lepas, saya tak tahu kenapa saya teringin sangat nak makan McDonald. saya balik hari itu dapat saya makan. tetapi tak dapat sebab ibu saya kata "Semalam dah makan dah". So, nak tak nak terpaksa lah saya pendam. saya cakap dengan hati saya 'maybe lain kali kot dapat beli'. So, tak dapat McDonald benda lain lah pulak. 

Malam tadi ibu ajak aku keluar teman dia pergi isi minyak kereta. Then, pergi ECONSAVE untuk beli barang dapur. Selepas beli barang dapur aku tanya ibu "Ibu nak pergi mana lepas ini". Ibu cakap "Ibu nak pergi cuci kereta". Dalam hati sudah berkata, McDonald tak dapat SECRET RECIPE pun jadi lah.
aku pergi lah beli. bukan satu tapi dua aku beli. hehe.. tamak juga aku ni yea..


Ini Absolute Chocolate. yang ini aku belum makan lagi. hmm. macam mana rasanya?? sedap atau tidak.

Ini Moist Chocolate Cake. boleh tahan juga rasa nya. First time aku makan kek ini. cream yg kt tengah tu rasa kopi sikit.. 

Aku teringin sangat nak makan Chocolate Indulgence tetapi sudah habis. Chocolate Indulgence adalah kek kesukaanku apabila beli di SECRET RECIPE.

Makan kek Moist Chocolate sambil tengok Karoot Komedia 2. best juga cerita minggu ini. Tajuk minggu ini adalah MOGOK!.

Ini Yus Raja Lawak.


Yus Raja lawak, Abi Yus, Nabil Raja lawak dengan Jep Sepattu.tapi dalam gambar ni tak ada gambar Jep.

  Ini pula Nabil Raja Lawak. Nabil melakonkan watak Mat Bangla.